Kalau teringin nak melawat Istanbul...elok baca dulu sejarah macamana Sultan Muhamad Al-Fatih menakluk kerajaan Costantinople...tahun 1453M...
Sultan Muhammad Al-Fatih merupakan seorang raja yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik & menguasai 6 bahasa pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam perang Salib) dan Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat beliau & para tenteranya telah diisyaratkan oleh baginda Rasulullah S.A.W: "Constantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja & tenteranya adalah sebaik-baik tentera"
Kalau dah tahu sejarahnya...baru lebih bermakna lawatan kita tu...